Search This Blog

Saturday, October 30, 2010

silibus silat dari hitam kosong ke awan putih (silat gayong serantau)

berikut ialah pelajaran yang mesti dihafal oleh setiap pelajar silat untuk ujian kenaikan bengkung atau nama glamournya "grading".secara jujurnya, kunci mati, pentas dan semuanya agak susah pada mulanya,tetapi apabila anda sudah "alah bisa tegal biasa" dengannya, anda akan sedar betapa hebatnya dan mudahnya silat ini.

note# berikut ialah apa yang saya hadapi ketika berada di ujian kenaikan bengkung.keadaan anda mungkin berbeza dan mempunyai sedikit tambahan.apapun, bergantung kepada abangx2 atau senior yang bertugas semasa hari grading.

Bahagian 1 (wajib)
  1. senaman anak harimau (wajib dilakukan setiap pesilat dan markah dikira)
  2. rajawali (wajib dilakukan oleh setiap pesilat dan markah dikira)
Note untuk para pesilat
  • bunyi hendaklah ada "zatt"
  • setiap gerakan tidak terlalu lambat
  • pergerakkan mantap dan teratur

Bahagian 2 (wajib)
  1. asas elakan 7 (1 hingga 7)
  2. kunci mati ( 1 hingga 7)
  3. pentas (1 hingga 7)
Note untuk para pesilat
  • setiap pasangan akan bertukar-tukar giliran
  • akan ada pemerhati yang memerhati pergerakan anda
  • arahan ialah rambang
  • pesilat mesti segera dan tidak ingkar kepada arahan pemerhati

Bahagian 3
  1. sparing ( berpasangan )
  2. lompatan (rolling, roda) (depan, belakang)
Note untuk para pesilat
  • semasa sparing anda dilarang menyerang bahagian tertentu
  • lompatan adalah seperti biasa, mengikut giliran pesilat masing-masing






okay cukupla dulu, kalau terdapat apa-apa kesalahan saya minta maaf.harap note ringkas ini berguna untuk anda.dan ingatlah "kebanyakan yang berjiwa silat itu mewarisi dan yang tidak pula hanya terpegun dan binggung".assalamualaikum.sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana membaca blog saya.

No comments:

Post a Comment