Adab bermaksud perbuatan atau perlakuan yang sopan dan halus.Adab merupakan sifat insan yang baik untuk dicontohi.Tanpa adab,manusia akan hilang kawalan dan berkelakuan tidak sopan dan kurang ajar.Sebagai umat islam kita sewajarnya beradab di mana-mana kite berada.
MASJID
Masjid ialah rumah Allah.Perkataan yang merujuk kepada "ma" (al-makkan) yang bermaksud tempat dan perkatan sujud .Rumah allah hendaklah dihormati dan dimakmurkan.Orang yang pergi ke surau atau masjid pada waktu siang atau petang,nescaya akan dikurniakan istananya pada hari kebangkitan kelak.Allahu a'lam.
Adab di masjid
(adab-adab yang hasan untuk diamalkan) antaranya ialah :
1.memakai minyak wangi
2.memakai pakaian yang menutup aurat
3.suci pakaian dan tubuh badan
4.datang dengan niat yang bersih (untuk bersujud kepada allah)
5.memastikan diri dalam persediaan untuk ke surau atau masjid
Adab sebelum masuk ke masjid
(ketika nak masuk masjid ) antaranya ialah :
1.mendahulukan kaki kanan
2.memenuhkan ruang kosong di hadapan
3.tidak melintas di hapadan orang yang sedang solat
4.tidak melangkah makmum yang sedang duduk
5.berdoa " ya allah ya tuhan ku, bukakanlah bagiku pintu dan rahmat mu dan ampunilah dosaku"
Adab berada dalam masjid
(semasa berada di dalam masjid) antaranya ialah :
1.solat sunat tahyatul masjid
2.berniat iktikaf di dalam masjid
3. memberi ruang kepada jemaah lain untuk duduk.
4.bersalaman dengan jemaah lain
5.duduk tertib untuk melakukan ibadah seperti berzikir dan membaca al-quran
Sesunggunya tidak rugi kita beradap,tetapi apabila diperhatikan perangai anak-anak muda zaman sekarang, mereka sering melanggar peraturan rumah allah.Rumah allah dibuatnya seperti rumah kanak-kanak.Oleh itu, sebagai umat islam kita sepatotnya mengambil berat tentang hal ini.Berkenaan dengan itu, kerana masjid ialah rumah allah dan allah itu tuhan kita yang maha besar lagi maha berkuasa.cuba anda bayangkan rumah anda digegarkan dengan bunyi bising dan riuh rendah dan ketika itu anda hendak beribadah.Semestinya anda akan marah.Tetapi cuba anda ukurkan dengan kemarahan allah.......anda fikirlah sendiri.
okay, cukup la untuk post hari ini.
TEGURLAH DENGAN ANGGOTA JIKA TIDAK MAMPU DENGAN PERKATAAN DAN
TEGURLAH DENGAN HATI JIKA PERKATAAN TIDAK TERIZIN
Masjidil haram di Mekah
No comments:
Post a Comment