Search This Blog

Friday, October 8, 2010

PANAH NAK LOMPAT (PALEOLITIK,NEOLITIK,LOGAM)

Assalamualaikum semua.dalam post kali nie kite nak kongsi pasal sejarah awal manusia.tapi sebenarnya kita ragu-ragu sebab haritu kite tgk kat facebook ade 1 video bertajuk "penipuan akhir zaman".entahlah kite pon tak tau nak percayakan sapa,tapi kite lebih percaya dengan kenyataan "masa melalui para nabi".apapun nie berkaitan dengan sejarah form one.takper semua orang leh baca.

terdapat empat zaman manusia  yaitu paleolitik, neolitik, maseolitik dan logam.maseolitik tidak terdapat di malaysia tetapi terdapat di vietnam.saya akan tunjukkan satu persatu mengenai "panah nak lompat" .nie sebenarnya cikgu kita yang bagitau supaya tak lupa dalam exam.


PALEOLITIK
paleotik bermula sejak 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.berikut ialah ciri-ciri masyarakat paleotik.

masa : bermula dari 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu
petempatan : hidup berpindah randah dan ade yang tinggal di gua serta berhampiran sungai
aktiviti : mengamal hidup sara diri, memburu binatang, memugut hasil hutan dan menggunakan alat batu.
kepercayaan : animisme (setiap bende ada semangat ,roh)
lokasi : tingkayu, sabah dan gua niah, sarawak

NEOLITIK
neolitik bermula pada 7000 tahun dahulu.masyarakt neolitik lebih maju sedikit daripada masyarakat pada zaman paleotik.berikut ialah ciri-ciri masyarakat neolitik.

masa : 7000 tahun dahulu
petempatan : ade yang tinggal di gua dan berhampiran sungai
aktiviti : mula menghasilkan barang perhiasan , membuat alatan tembikar , bercucuk tanam , menternak           binatang, memburu binatang, memungut hasil hutan , berdagang dengan cara tukar barang
kepercayaan : animisme (setiap bende ade semangat,roh)
lokasi : gua cha, serawak dan bukit tengkorak, sabah

kemajuan pada zaman neolitik ialah ade sistem pembahagian keje dalam masyarakat dan dah mula berdagang seperi sistem barter.

LOGAM
logam merupakan zaman yang belalu sejak 4000 tahun dahulu.kini masyarat sudah lebih maju dan mempunyai sistem kehidupan yang lebih lengkap dan sempurna.berikut ialah ciri-ciri masyarakat logam.

petempatan : hidup menetap , ade yang masih tinggal di gua dan kawasan sungai dan mempunyai adat resam
aktiviti : berdagang, menggunakan alatan logam, mencipta alatan logam, memungut hasil hutan,bercucuk tanam,memburu binatang dan menternak binatang
kepercayaan: mempunyai peganggan hidup masing-masing (animisme tidak dibawa oleh setiap individu dalam1 kelompok)
lokasi : changkat menteri, perak dan sungai tembeling, pahang.

kemajuannya,setiap induvidu sudah mempunyai pegangan sendiri.masyarakat dipimpin oleh ketua dan mempunyai sisi kehidupan yang lebih canggih selepas mengalami peningkatan pada zaman paleolitik dan neolitik.

kapak genggam semasa zaman paleolitik

tembikar semasa zaman neolitik,cume nie moden sikit 

alat logam yang digunakan masyarakat logam

okay, cukupla post kali nie.time kasih kepada pembaca yang sudi membaca.saya doakan saudara dan saudari semua berjaya dalam kehidupan anda.



No comments:

Post a Comment