Search This Blog

Tuesday, October 12, 2010

KELEBIHAN ORANG YANG PENYABAR

ORANG YANG SABAR TIDAK RUGI, ORANG YANG GESA SENTIASA RUGI.

Pengertian sabar
sabar ialah menahan diri daripada mengeluarkan perasan marah secara nyata dan secara dalam (dalam hati).sifat sabar melatih kite untuk sentiasa berwaspada dan bertimbang rasa.tanpa sabar, manusia akan mudah menggertak dan mudah marah.allah berfirman yang bermaksud "khabarkanlah kepada orang yang bersabar (as-sobirin) khabarx2 gembira kepada mereka"

Kelebihan orang yang sabar
orang yang bersabar akan mendapat berita gembira seperti yang difirmankan allah.anatara faedah bersabar ialah 

1.meningkatkan kekuatan rohani
2.melatih diri mengawal sikap ego dan marah
3.disukai orang dan di kasihi manusia
4.dipandang mulia oleh masyarakat
5.mendapat khabar gembira dari allah subhanallahu taala

Keburukan orang yang tidak sabar
sikap tidak sabar membawa pelbagai kesan negatif kepada diri.antara keburukan tidak bersabar ialah

1.mudah marah dan naik angin
2.sukar menerima nasihat
3.sentiasa merasakan dirinya benar berbanding orang lain
4.hidup dalam kegesaan dan cemas
5.kehidupan tidak sistematik dan tidak terurus dengan baik

Cara bersabar dalam kehidupan
kehidupan ialah medan kemarahan yang tidak henti-henti hantarannya.cara bersabar dalam kehidupan ialah

1.menerima teguran orang dengan baik
2.muhasabah diri ssecara jasmani dan rohani
3.ingatkan kebaikkan orang pada kita dan ingatkan salah kita pada orang
4.tidak mengalah dan putus asa
5.ingatkan diri ini ialah ujian allah

Sabda rasullah
sabda rasullah berkaitan dengan sabar

1.rasullah bersabda "antara tanda-tanda orang beriman ialah dia sabar"
2.rasullah bersabda "sabar ialah salah satu dari cabang iman, jika dia tiada sabar, maka die tiada iman "

bersabarlah anda walaupun anda amat marah
terima kasih kerana membaca.sabar itu separuh dari iman.iman ialah tiket yang sukar dibeli untuk syurga.oleh itu, mari kita sama-sama berdoa agar sifat sabar merupakan sifat umat islam yang terpuji.




No comments:

Post a Comment